7 Tips Menjaga Jubah Lelaki.

Sunday, March 27, 2016


Jubah lelaki bukanlah seperti t-shirt atau baju melaju biasa yang anda boleh basuh begitu sahaja. Sebaiknya untuk memastikan ia tahan lama dan sentiasa nampak baru, ia hendaklah sentiasa dijaga bermula dari proses membasuh, 'iron' baju serta menyimpannya. Berikut adalah 7 tips menjaga jubah lelaki yang boleh anda praktikka.

1.Jangan merendam jubah terlalu lama. Sebaik-baiknya lebiih kurang 30 minit, bukan seharian atau 2 hari. Ini disebabkan sabun pencuci boleh melunturkan warna dan merosakkan material jubah tersebut.

2.Pisahkan warna. Sebaiknya apabila membasuh pakaian asingkan pakaian mengikut warna gelap (merah, hitam, biru, hijau) dan cerah. Ia dapat mengelakkan warna tersebut melekat kepada pakaian yang berwarna cerah.

3.Jangan berus terlalu kuat. Fabrik pakaian akan rosak jika ia disental terlalu kuat, sebaliknya cukup sahaja digosok dengan tangan keran materialnya yang lebih lembut.

4.Jemur jubah yang basah segera. Jubah yang telah siap dibasuh hendaklah ditoskan airnya dan hendaklah dibasuh dengan segera agar ia tidak berbau masam.

5.Gantungkan Jubah. Jubah yang tidak dipakai hendaklah disimpan dengan menggunakan penyangkut baju didalam almari atau disarung dengan plastik. Ia untuk mengelakkan ia berhabuk dan berbekas jika disimpan dengan cara melipat jubah tersebut.

6.Jubah yang telah lama disimpan bolehlah dikeluarkan untuk dibasuh dan disimpan semua untuk menghilangkan bau dan habuk yang melekat.

7.Guna suhu yang sesuai ketika 'iron' jubah anda untuk mengelakkan fabrik jubah tersebut rosak atau terbakar. Pastikan anda tahu material yang digunakan dan sesuaikan dengan pelaras yang terdapat di seterika tersebut.

Itulah serba sedikit panduan yang anda boleh praktikkan dalam menjaga jubah lelaki anda. Selamat mencuba ya!

You Might Also Like

3 comments

  1. Tips yang menarik dan praktikal. Terima kasih ya..

    ReplyDelete
  2. Info menarik....terutama sekali yang membeli pakaian mahal.. tip ini sgt membantu agar xmnyesal dikemudian hari...pkaian yg mahal dan berkualiti memerlukan penjagaan yg teliti.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

[facebook src="royalejubahcollections"width="400" height="300" hide-cover="true" posts="true"/]

Payment & Shipping