16 Adab-Adab Berpakaian Dalam Islam

Monday, March 28, 2016



Didalama kehidupan sebagai seorang muslim Nabi Muhammad saw telah menunjukkan sebaik-baik contoh untuk kita ikuti dalam kehidupan kita supaya kita berjaya didunia dan diakhirat. berikut adab-adab berpakaian dalam Islam.

1.Disunatkan memakai pakaian putih kerana Rasullulah saw menyukai pakaian berwarna putih. (HR: Tirmidzi, Abu Daud)

2.Memulai berpakaian dengan memasukkan tangan kanan terlebih dahulu, kemudian dilanjutkan dengan memasukkan tangan kiri, Begitu pula hendaknya jika memakai selipar atau kasut (HR : Bukhari, Tarmidzi, Muslim)

3.Kalau tidak ada kain sarung pakailah seluar. (HR: Bukhari)

4.Dengan ketentuan tidak diperbolehkan memakai seluar atau sarung melebihi mata kaki. Apabila melebihi mata kaki, maka selebihnya itu bahagian api neraka. (HR: Bukhari, Muslim, Nasai, Ibnu Majah)

5.Nabi saw, senang memakai jubah atau kurta (gamis berlengan panjang dan tidak memakai kerah) (H.R: Tirmidzi, Nasai)

6.Sunat memakai serban dengan memakai topi dibawah serban.(HR: Muslim, Tarmidzi)

7.Perbezaan orang kita dengan orang musyrik (dalam hal serban) adalah kita memakai serban diatas topi-topi.(HR: Muslim, Tarmidzi)

8.Serban Rasullulah saw mempunyai hujung yang jatuh ke pundaknya.(HR: Muslim, Tarmidzi)

9.Serban  Rasullulah saw ketika memasuki kota Mekkah berwarna hitam. (HR : Bukhari, Tarmidzi)

10.Jubah dan sarung Rasullulah saw dibawah lutut dan diatas mata kaki.(H.R: Tirmidzi)

11.Pakaian Rasullulah saw sangat sederhana. Rasullulah saw mengkhususkan memakai pakaian yang bagus ketika Hari Raya, Hari Jumaat dan ketika menghadapi tetamu.(HR: Nasai)

12.Rasullulah saw melarang memakai emas dan sutera.(HR: Bukhari, Muslim)

13.Dilarang memakai baju untuk menyombong dan kemewahan. (HR: Bukhari, Nasai, Ibnu Majah)

14.Dianjurkan tidak memakai baju yang mempunyai satu lengan sahaja. (HR: Bukhari)

15.Tidak dibolehkan memakai baju yang sempit dan ketat.(HR: Nasai)

16.Rasullulah saw melarang dan Allah swt melaknat lelaki yang memakai pakain wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.(HR : Bukhari, Tarmidzi, Nasai)

Sumber: Petunjuk Sunah & Adab Sehari-Hari 1,  A. Abdurrahman Ahmad

You Might Also Like

1 comments

  1. Artikel ini memberikan panduan yang sangat berguna mengenai adab berpakaian dalam Islam. Penjelasan tentang setiap adab adalah jelas dan mudah difahami, menjadikannya sumber rujukan yang berharga bagi mereka yang ingin memahami lebih mendalam tentang etika berpakaian dalam Islam.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

[facebook src="royalejubahcollections"width="400" height="300" hide-cover="true" posts="true"/]

Payment & Shipping